Trending

Tokan dadah di Tanjung Batu ditahan 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BINTULU: Seorang lelaki disyaki tokan dadah yang menjalankan pengedaran di kawasan Tanjung Batu di sini, ditahan Selasa lalu. 

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Bartholomew Umpit berkata, dadah disyaki seberat 5.1 gram turut dirampas daripada suspek yang berusia 33 tahun itu.

Dadah jenis syabu seberat 5.1 gram yang dirampas.

“Berdasarkan siasatan awal, pihak polis percaya dadah berkenaan untuk diedarkan kepada 30 penagih di sekitar Bintulu.

“Oleh itu, kes akan disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan tidak lebih daripada tiga sebatan,” katanya. 

Katanya lagi, suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine dan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan pengawasan polis selama dua tahun jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Bartholomew  merayu orang ramai supaya memaklumkan kepada polis mengenai sebarang aktiviti berkaitan dadah dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu di talian 086-318304.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru