ARTIKEL

Lelaki warga Indonesia dipercayai tokan dadah ditangkap sekitar kawasan Perindustrian Sungai Nyigu, pada Selasa.

Tokan dadah, warga Indonesia ditangkap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seorang lelaki dipercayai tokan dadah ditangkap bersama-sama 7.2 gram dadah disyaki syabu sekitar kawasan Perindustrian Sungai Nyigu, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Bartholomew Umpit berkata, suspek lelaki warga Indonesia berumur 25 tahun itu ditangkap anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Bintulu.

Beliau berkata siasatan awal polis, dipercayai dadah untuk pengedaran di sekitar kawasan Bintulu dan boleh digunakan untuk 150 orang penagih.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan tidak lebih tiga sebatan, jika sabit kesalahan.

Suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine dan turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan pengawasan polis selama dua tahun jika sabit kesalahan.

Batholomew berkata, suspek juga akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali dan sehingga enam sebatan

Dadah jenis syabu yang dirampas daripada seorang lelaki warga Indonesia sekitar kawasan Perindustrian Sungai Nyigu, pada Selasa.

BERITA LAIN

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan

BERITA TERBARU