Tokan dicekup bersama 83 paket syabu, 9 biji pil khayal

KOTA SAMARAHAN: Seorang pengedar dadah dicekup bersama 83 paket syabu dan sembilan biji pil Erimin 5 untuk dijual di kawasan Sadong Jaya, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kota Samarahan ketika sedang memandu di kawasan Jaie, Sadong Jaya kira-kira jam 10.30 pagi hari ini.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan Proton Wira yang dipandu suspek, polis berjaya menjumpai 83 paket plastik mengandungi syabu seberat 46.13 gram bernilai RM4,613 dan sembilan biji pil Erimin 5 seberat 2.43 gram bernilai RM135.

“Dadah berkenaan dipercayai untuk dijual di kawasan Sadong Jaya pada harga RM60 sepaket,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

……Untuk berita selanjutnya dapatkan naskah Suara Sarawak 05 Mac 2021

Suara Sarawak