ARTIKEL

Tokoh asing hargai peluang kerjasama BRI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BEIJING: Tokoh-tokoh asing memberi penghargaan terhadap peluang yang dicetuskan menerusi kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Mereka turut menantikan Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) edisi ketiga yang dijadual berlangsung di Beijing minggu depan.

Presiden Perhimpunan Kebangsaan Laos Xaysomphone Phomvihane berkata negara-negara terlibat akan menyelaraskan kerjasama baharu di bawah rangka BRI sempena forum itu, sekali gus menyuntik tenaga baharu kepada pembangunan ekonomi dunia.

Beliau berkata sebagai contoh landasan kereta api China-Laos, rel itu bukan sahaja memudahkan perjalanan rakyat Laos, tetapi juga menarik kedatangan ramai pelancong atau penumpang transit dari negara jiran seperti China, Thailand dan Vietnam.

“Fasiliti berkenaan membantu menjana pembangunan industri pelancongan Laos dan mencipta peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan,” kata beliau.

Bekas Presiden Serbia Boris Tadic menyuarakan harapan supaya Serbia dapat melancarkan lebih banyak projek usaha sama dengan China dan menjadi rakan kerjasama utama China di Eropah Tenggara.

“BRI mewujudkan syarat yang lebih baik untuk pembangunan negara-negara terlibat sepanjang sepuluh tahun lalu. Ia membawa keamanan, pembangunan dan kerjasama saling untung,” kata Tadic.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Kyrgyzstan Bakyt Torobayev berkata Kyrgyzstan merupakan antara negara yang paling awal menyertai inisiatif BRI.

“Banyak projek kerjasama di bawah BRI berjaya dilaksanakan, antaranya termasuk pengangkutan, perubatan dan lain-lain.

“Kerjasama dengan China dalam bidang tenaga, pendidikan dan sebagainya akan terus diperluas pada masa hadapan,” kata beliau.

Setakat ini, China telah menandatangani lebih 200 dokumen kerjasama BRI dengan 152 buah negara dan 32 pertubuhan antarabangsa. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Empat peluncur ski maut dalam runtuhan salji

BISHKEK, Kyrgyzstan: Runtuhan salji di timur Kyrgyzstan mengorbankan empat nyawa, menurut perkhidmatan media Kementerian Situasi Kecemasan Kyrgyzstan pada Isnin. Tragedi berlaku pada 1 petang waktu

BERITA TERBARU

Pencalonan Anugerah Sastera Negara kini dibuka

KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi Anugerah Sastera Negara Ke-16, khusus untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi bertaraf negara kepada tokoh sasterawan, kini dibuka mulai semalam hingga

Meruked lancar muzik video baharu

KUMPULAN muzik tempatan Meruked melancarkan single dan muzik video terbaharu mereka berjudul Kining Posah pada Jumaat ini.  Menurut vokalis, Syed Ashraf Edruce, Kining Posah bermaksud

Tarikan ekopelancongan burung walit

AKTIVITI EKONOMI dan keusahawanan penduduk kampung mampu dibangun dan diperkasa melalui pembangunan Projek Ekopelancongan Burung Walit Kampung Merembeh. Projek tersebut membuka peluang pekerjaan baharu dan