ARTIKEL

Tolak perkauman, demi teguhkan perpaduan M’sia – Tiong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Budaya kunjung-mengunjung bersempena perayaan masyarakat pelbagai kaum menjadi bukti kepada keharmonian dan perpaduan di negara ini, kata ADUN Dudong Datuk Seri Tiong King Sing.

Tiong yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata keharmonian dan perpaduan yang dinikmati setelah sekian lama itu harus terus dipelihara demi pembangunan berterusan Malaysia.

“Negara kita sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum dan agama. Jauhi sikap perkauman agar dapat mencapai perpaduan yang teguh,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Sempena Tahun Baharu Cina anjuran Parti Demokratik Progresif (PDP) di pusat komersial Pulau Li Hua di sini hari ini.

Lebih 10,000 masyarakat berbilang kaum hadir ke majlis itu termasuk Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng.

Lau turut mengadakan rumah terbuka di Pusat Khidmat DAP Lanang di Jalan Lanang di sini yang turut dihadiri masyarakat berbilang kaum dan agama.

Sementara itu, orang ramai juga tidak melepaskan peluang mengunjungi rumah terbuka Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Dudong Wong Ching Yong di pusat khidmatnya di Jalan Aman. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil