Trending

Tolak tawaran nyanyi di kelab malam, elak nama tercemar – Agnes Mo

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PENYANYI kelahiran Indonesia, Agnez Mo mendedahkan rahsia bertahan lama dalam industri hiburan ialah menolak tawaran menyanyi di kelab malam biarpun diberi ganjaran lumayan.

 “Kenapa saya perlu rosakkan nama yang dibina bertahun-tahun. 

“Saya tidak kisah orang lain nak buat begitu, tetapi tidak bagi saya kerana bertentangan dengan prinsip,” ujarnya menerusi satu temu bual. 

Agnez akui semasa memulakan kerjaya di Amerika Syarikat dia banyak menerima tawaran mempromosi lagu di kelab malam. 

Malah, dia turut ditawarkan bayaran RM100,000 hanya untuk 30 minit di kelab tarian bogel. 

Bagaimanapun, Agnez tetap berpegang teguh dengan prinsip mengelak daripada namanya tercemar dan budaya demikian jauh berbeza dengan budaya di Indonesia. 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru