Toleransi jadi teras pemerintahan Kerajaan Negeri

KUCHING: Tidak pernah adanya sebarang larangan untuk penganut Kristian di Sarawak menggunakan kalimah “Allah”, demikian tegas Pejabat Ketua Menteri menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, Kerajaan GPS akan terus mempertahankan dan memelihara toleransi beragama di Sarawak kerana ia merupakan faktor penyatuan utama bagi rakyat di negeri ini.

“Malah, kita menolong agama lain melalui UNIFOR yang merupakan saksi utama Kerajaan GPS.

“Ini kerana penganut Islam menghormati orang Kristian sama seperti orang Kristian menghormati orang Islam, dan begitu juga dengan penganut daripada agama lain,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Kerajaan Persekutuan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah “Allah”.

“Kerajaan GPS sejak daripada pemerintahan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud hingga kepada pentadbiran semasa di bawah Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sentiasa mengekalkan dasar bertoleransi agama di Sarawak,” ujarnya.

Suara Sarawak