Tony sedia kemudi MFL

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Bhd Tan Sri Tony Fernandes bersedia untuk menerajui Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) jika dicalonkan bagi menggantikan Datuk Hamidin Mohd Amin.

Pemilik Queen Park Rangers (QPR) itu berkata, sebagai seorang peminat bola sepak, sudah tentu beliau mahu menyumbang kepada pembangunan bola sepak tempatan jika dipilih menyandang jawatan Presiden MFL pada masa hadapan.

“Sudah tentu saya mahukannya, saya sayangkan bola sepak, saya sayangkan Malaysia dan saya harap dapat menyumbang sesuatu,” katanya pada sidang media di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin.

Terdahulu, Tony yang juga Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menandatangani Lanjutan Perjanjian dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) menjadikan Stadium Nasional sebagai gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya hingga 31 Disember 2025.

……Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 18 Mac 2021

Suara Sarawak