ARTIKEL

Top Glove alami kerugian bersih RM130.5 juta pada suku ketiga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Top Glove Corp Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM130.59 juta pada suku ketiga berakhir 31 Mac 2023, berbanding dengan keuntungan bersih RM15.29 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama setahun lepas.

Hasil bagi suku itu merosot kepada RM530.62 juta daripada RM1.49 bilion sebelum ini, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Top Glove berkata, di tengah-tengah landskap perniagaan yang mencabar, prestasi operasi keseluruhan kumpulan bertambah baik apabila kerugian selepas cukai berkurangan sebanyak 23 peratus daripada suku kewangan sebelumnya, disebabkan oleh peningkatan dalam harga jualan purata sarung tangan (ASP) sebanyak enam peratus, ditambah dengan inisiatif pengoptimuman kualiti dan kos untuk menyelaraskan operasi.

“Langkah-langkah yang diambil termasuk penutupan barisan pengeluaran lapuk dan pemberhentian sementara di 17 daripada 49 kilang memandangkan permintaan sarung tangan sedunia yang lebih rendah yang masih dihadapi oleh industri sarung tangan.

“Penutupan barisan pengeluaran tersebut telah meredakan kapasiti pengeluaran sebanyak lima bilion helai sarung tangan, membawa jumlah kapasiti pengeluaran kepada 95 bilion helai sarung tangan.

Kumpulan juga telah melaksanakan penstrukturan semula tenaga kerja,” katanya.

Top Glove sedar bahawa menjadi pendahulu dalam kenaikan harga sarung tangan akan memberi kesan kepada volum jualan.

“Bagaimanapun, disebabkan pengeluar sarung tangan tidak mampu menyerap sepenuhnya kenaikan kos selama-lamanya, ini merupakan langkah yang amat diperlukan untuk kelestarian industri sarung tangan pada jangka panjang, yang telah diikuti oleh pemain pemain industri yang lain,” katanya.

Syarikat itu berkata harga bahan mentah untuk suku ketiga tahun kewangan 2023 menyusut, dengan harga purata lateks asli pekat berada pada aliran menurun sebanyak 27 peratus kepada RM4.78 sekilogram, manakala harga purata lateks nitril jatuh 17 peratus kepada  US$0.92 sekilogram (US$1=RM4.61).

Pengarah Urusan Lim Cheong Guan berkata walaupun syarikat berada dalam kedudukan kerugian, ia adalah amat menggalakkan bahawa kuantum kerugian operasi telah menurun daripada suku sebelumnya, timbul daripada peningkatan ASP serta inisiatif rasionalisasi kualiti dan kos.

“Walaupun ia keputusan yang sukar, pelaksanaan rasionalisasi tenaga kerja berikutan pemberhentian sementara pengeluaran di beberapa kilang untuk mengurangkan keadaan lebihan bekalan sarung tangan merupakan langkah penting yang perlu diambil, ke arah daya tahan dan daya saing Kumpulan yang berterusan pada jangka panjang,” katanya dalam kenyataan berasingan kepada bursa.

Beliau berkata, walaupun persekitaran perniagaan dijangka kekal mencabar dan berdaya saing sepanjang separuh kedua 2023, Kumpulan optimis terhadap prospek jangka panjang memandangkan sarung tangan masih merupakan barang penting dengan penggunaan tunggal dalam industri kesihatan dan makanan. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan