ARTIKEL

Tourism Malaysia lancar pakej pelancongan Sarawak Delta Geopark dan Gawai 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Tourism Malaysia hari ini melancarkan pakej pelancongan Sarawak Delta Geopark dan Gawai 2024 bagi mempromosikan keunikan produk pelancongan geopark serta sambutan Hari Gawai di Sarawak kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

Sebanyak 37 pakej pelancongan dibangunkan dengan kerjasama 13 operator pelancongan dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang antara lain menawarkan lawatan ke tapak biologi dan tapak budaya di sekitar Kuching, Bau serta Padawan.

Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Tourism Malaysia, Mohd Roslan Abdullah, berkata antara pakej ditawarkan adalah pakej ’Geological’, ‘Heritage & Exploration @ Sarawak Delta Geopark’, ’Gawai Open House at Matop Longhouse’, ’Babulang Festival in Limbang’ serta ’Irau Aco Lun Bawang Festival’.

“Pembangunan pakej tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk mempelbagaikan pilihan destinasi pelancongan seiring dengan persiapan menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran pakej berkenaan di sini hari ini.

Kesemua pakej pelancongan berkenaan telah dimuatkan dalam risalah yang boleh dimuat turun di laman sesawang Tourism Malaysia www.malaysia.travel. — BERNAMA

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU