Trending

TPM Ahmad Zahid melawat Sarawak, turut rai sambutan Gawai

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Menyambut perayaan Gawai Dayak 2023 bersama rakyat di luar bandar antara agenda utama lawatan kerja dua hari Timbalan Perdana Menteri Datuk Patinggi Ahmad Zahid Hamidi ke Sarawak.

Ahmad Zahid tiba di Kuching pada jam 6.30 petang Jumaat disambut oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas sambil diiringi oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi.

Pada sebelah malamnya, beliau mengadakan kunjungan ke kediaman Uggah bagi memeriahkan majlis rumah terbuka Gawai Dayak, sambil disertai oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ketibaannya pada jam 8.05 malam itu disambut dengan persembahan ngajat, tarian tradisional masyarakat Iban selain beberapa persembahan nyanyian daripada kumpulan penyanyi jemputan.

Hadir sama Timbalan Premier Datuk Sri Profesor Dr Sim Kui Hian; bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Numpang; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Sri Nancy Shukri serta barisan pemimpin negeri yang lain.

Seterusnya, pagi tadi Ahmad Zahid bertolak ke Sibu dan meneruskan perjalanan ke Kapit bagi menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sambutan Perayaan Gawai Dayak 2023 Parlimen Kapit di Dewan Suarah Kapit pada jam 12.00 tengah hari.

Kemudian, beliau dijadualkan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Richard Engking, Kapit pada sebelah petang. Sebelum berangkat pulang ke ibu negara dari Sibu dengan menaiki pesawat khas pada jam 4 petang ini.

Sekitar kehadiran Datuk Patinggi Ahmad Zahid Hamidi ke Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Kuching, malam tadi. Hadir sama Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru