ARTIKEL

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mengadakan sidang akhbar pada Forum Air Dunia (WWF) Kali Ke-10 2024 yang diadakan di Bali Nusa Dua Convention Centre (BNDCC), semalam. | BERNAMA

Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BALI, Indonesia: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, menyatakan Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.

Beliau menyampaikan perkara itu kepada Menteri Air Palestin, Mazen Ghunaim, yang juga ketua Pihak Berkuasa Air Palestin, semasa pertemuan dua hala atas permintaan Mazen di luar Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi di Forum Air Dunia ke-10 yang berakhir semalam.

“Mereka menzahirkan harapan agar Malaysia dapat memberikan pelbagai bentuk bantuan, terutamanya bantuan teknikal selepas krisis semasa.

“Pada masa ini, bekalan air bersih di sana terjejas teruk dan terganggu,” katanya kepada media Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata Malaysia juga sedia memberikan bantuan teknikal, dengan syarat dibenarkan masuk ke negara berkenaan.

“Ini memerlukan perbincangan lanjut mengenai kaedah, masa dan cara pelaksanaan dengan pihak Palestin,” katanya.

Menurut Fadillah, Malaysia telah menghantar sedikit bantuan kemanusiaan, termasuk bekalan air botol, untuk disalurkan ke Palestin. – BERNAMA

BERITA LAIN

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke

BERITA TERBARU