ARTIKEL

TPM, JEMAAH MENTERI UCAP SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN, HARI GAWAI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof bersama jemaah menteri hari ini mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak yang meraikannya.


Ahmad Zahid menerusi kenyataan di Facebook berkata perayaan berkenaan merupakan simbol kepelbagaian budaya yang menjadi aset penting bagi negara Malaysia serta melambangkan kesyukuran dan penghargaan kepada hasil tuaian.


Beliau berkata sebagai negara berbilang kaum serta terkenal dengan keharmonian dan toleransi antara masyarakatnya, kegembiraan menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai dikongsi tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan budaya.

“Ia mengingatkan kita tentang pentingnya mempertahankan, menghargai kepelbagaian ini serta mengukuhkan jalinan persaudaraan antara kita, semoga perayaan tahun ini membawa kegembiraan, kesyukuran dan perpaduan yang lebih erat.


“Marilah kita terus bersatu hati dalam mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara kita yang tercinta ini,” katanya.


Fadillah pula mengajak semua untuk meraikan Pesta Kaamatan dengan penuh kegembiraan, mengeratkan lagi silatulrahim sambil mengabadikan nilai dan adat turun temurun, menyatakan kesyukuran di atas rezeki serta hasil tuaian yang baik.


“Moga semangat meraikan semua perayaan dalam kepelbagaian di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini juga akan memperkukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia.


“Semoga tuaian padi pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang akan terus bertambah melimpah, membawa bersamanya kebaikan dan kemakmuran kepada semua, Kaamatan, melangkaui keterjaminan makanan,” katanya di Facebook.


Tidak ketinggalan memberikan ucapan menerusi platform sama ialah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang berharap sambutan berkenaan akan memperkukuh semangat kebersamaan dan persaudaraan, serta memelihara perpaduan dan keharmonian sedia terjalin.


Menteri Perpaduan Aaron Ago Dagang pula mengajak seluruh masyarakat untuk menyambut perayaan Hari Gawai dan Kaamatan sebagai tanda menghargai setiap kumpulan etnik di negara ini.


Sementara itu Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menzahirkan harapan supaya sambutan pesta berkenaan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, rakan-rakan dan masyarakat dari pelbagai latar belakang.


Pesta Kaamatan yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai disambut masyarakat Kadazandusun di Sabah hari ini dan esok manakala Hari Gawai disambut Sabtu dan Ahad ini oleh masyarakat Dayak di Sarawak, kedua-duanya sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai.


Menteri Digital Gobind Singh Deo pula mengharapkan semoga perayaan itu kali ini sarat dengan keamanan, kegembiraan dan kesejahteraan bersama keluarga dan sahabat handai.


“Bagi yang menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, semoga ia disambut dengan penuh ceria dan kemeriahan.


“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan & Gayu Guru Gerai Nyamai. Selamat Hari Gawai dan semoga sambutan ini bersama ahli keluarga dan rakan-rakan membawa kebahagiaan, keamanan, dan tuah untuk semua,” katanya.


– Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup