ARTIKEL

TPM, menteri ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan menteri menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar, yang meninggal dunia awal pagi tadi. 

TPM Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan takziah menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini. 

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya. 

Mohammed Hanif, yang merupakan Ketua Polis Negara keempat, menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun pada 2.15 pagi di kediamannya di Shah Alam, Selangor akibat sakit buah pinggang. 

Allahyarham merupakan individu paling lama memegang jawatan tertinggi pasukan Sang Saka Biru, iaitu dari Jun 1974 hingga Januari 1994 selepas dilantik pada usia 35 tahun, yang menyaksikannya individu paling muda mengetuai pasukan itu.  
 
Turut mengucapkan takziah ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang menyifatkan jasa dan sumbangan Allahyarham kepada negara sebagai sangat besar dan sungguh bernilai. 

“Marilah kita sama-sama doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan dosa, diterima amalan dan ditempatkan di syurga bersama-sama orang yang beriman,” katanya.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham atas pemergian Mohammed Hanif menerusi ciapan di platform X hari ini. 

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah,” kata Fahmi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, juga antara yang memuat naik hantaran di akaun Facebook bagi mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. 

Mereka mendoakan supaya roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh. 

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi ciapan di platform X mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, selain turut berkongsi jasa Mohammed Hanif kepada organisasi terlibat. 

“Allahyarham pernah menjawat jawatan-jawatan penting dalam liputan sejarah negara.

“Antara jawatan penting yang dipegang Allahyarham adalah Ahli Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang merupakan asas kepada penubuhan MKN pada 1969,” menurut ciapan itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA