ARTIKEL

TPM nasihat pasukan misi Palestin pulang ke Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihati pasukan Misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) yang kini berada di Kaherah, Mesir untuk pulang dulu ke Malaysia berikutan keadaan di Gaza masih tidak menentu.

Nasihat itu disuarakan Ismail Sabri pada sidang video beliau bersama pasukan bantuan kemanusiaan ke Palestin itu yang diketuai Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) yang juga Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim semalam.

“Insya-Allah jika keadaan stabil, mereka boleh ke Gaza semula. Kepada rakyat Malaysia yang dikasihi, setiap orang ada pengorbanannya, dalam pengorbanan juga pasti ada ujiannya.

“Tetapi Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Dia mengetahui setiap pengorbanan seorang insan.

“Semoga setiap usaha dan pengorbanan itu dijadikan asbab kebahagiaan yang dapat untuk semua,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, malam tadi.

Misi HM4P bermula 19 Jun lalu dengan tujuan menyatakan solidariti rakyat Malaysia kepada warga Palestin, selain menyalurkan bantuan kemanusiaan dalam bentuk kewangan, bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, Tebing Barat dan warga Palestin terjejas di Gaza yang diserang tentera Israel pada Mei lalu.

Serangan rejim Israel ke atas wilayah Gaza yang berakhir dengan gencatan senjata pada 21 Mei lalu menyaksikan kemusnahan harta benda, selain mengorbankan lebih 250 warga Palestin termasuk 66 kanak-kanak. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya