ARTIKEL

TPM tunai janji naik taraf Rh. Jampong, Rh. Richard Engking

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KAPIT: Janji Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menaik taraf Rh. Jampong dan Rh. Richard Engking di sini semasa lawatannya pada Jun lalu, dikotakan apabila kerja-kerja baik pulih sedang dilaksanakan di kedua-dua rumah panjang itu.

Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata ketika ini, pembinaan sistem perparitan yang lebih sistematik sedang berjalan dengan baik di Rh. Jampong manakala pembinaan beranda baharu dan baik pulih di Rh. Richard Engking juga sedang giat dilaksanakan.

“Kos kerja-kerja baik pulih itu diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebanyak RM1 juta bagi baik pulih rumah dan RM300,000 untuk menggantikan sistem pendawaian elektrik lama di rumah tersebut sewaktu lawatannya pada Jun tahun ini,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas meninjau Rh. Jampong dan Rh. Richard Engking bagi melihat perkembangan kerja-kerja naik taraf kemudahan di kedua-dua rumah panjang berkenaan, semalam.

Dalam pada itu, Alexander yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata kebajikan penduduk di kawasan tidak pernah beliau lupakan, meskipun sibuk dengan tugasan harian di Kuala Lumpur.

Ia selepas beliau turut meluangkan masa hadir di Dewan Masyarakat Song dan Hotel Meligai, Kapit bagi menyempurnakan serahan bantuan kepada seramai 110 penerima yang terdiri daripada persatuan bukan kerajaan (NGO) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari pelbagai sekolah di Kapit.

“Bantuan kewangan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.03 juta itu disalurkan oleh pejabat Parlimen Kapit bagi pelbagai tujuan termasuk pelaksanaan aktiviti untuk masyarakat setempat, membaik pulih kemudahan awam, menjalankan aktiviti sekolah, sumbangan kematian dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, Alexander turut menyampaikan bantuan pendidikan kepada 62 pelajar dari Daerah Song dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM31,000.

Menurutnya, setiap tahun pejabat Parlimen Kapit akan menyalurkan bantuan lebih RM150,000 kepada anak-anak Kapit dari tiga DUN – Bukit Goram, Katibas dan Pelagus yang melanjutkan pelajaran ke universiti mahupun kolej.

“Saya juga sentiasa mengadakan kerjasama erat dengan Pejabat Pendidikan Daerah di Kapit bagi menyalurkan bantuan demi meningkatkan tahap pendidikan buat anak-anak di daerah ini,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke