ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Trafik penumpang antarabangsa penerbangan Asia melonjak 161 peratus pada 2023 – AAPA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINGAPURA: Pertumbuhan trafik penumpang antarabangsa yang menggunakan perkhidmatan syarikat-syarikat penerbangan rantau Asia melonjak sebanyak 161 peratus pada 2023, kata Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik (AAPA).

Ketua Pengarahnya Subhas Menon berkata jumlah purata penumpang mencapai 72 peratus paras sebelum pandemik, peningkatan ketara daripada 28 peratus pada 2022.

AAPA semalam mengeluarkan angka trafik awalnya untuk tahun penuh 2023.

Beliau berkata meskipun permintaan kargo udara antarabangsa menurun sebanyak 2.8 peratus bagi 2023, suku terakhir 2023 menyaksikan peningkatan 8.2 peratus berbanding tempoh yang sama sebelumnya.

Secara keseluruhan, 2023 adalah tahun yang baik untuk syarikat penerbangan di rantau ini, katanya dalam satu kenyataan.

“Permintaan penumpang meningkat tanpa henti, manakala pasaran kargo udara mengakhiri tahun pada tahap yang tinggi.

“Pemulihan beransur-ansur frekuensi penerbangan dan ketersambungan antara bandar sepanjang tahun memberikan lebih banyak pilihan untuk pengembara dan terus merangsang permintaan,” katanya.

Bagaimanapun, Menon berkata ketika operasi memulih secara berperingkat, syarikat penerbangan menghadapi kekangan kapasiti selain tekanan kos yang meningkat didorong oleh harga bahan api yang tidak menentu, dolar AS yang kukuh dan kesan inflasi ke atas operasi.

Menurut AAPA, bagi tahun itu, syarikat penerbangan di rantau ini mencatatkan peningkatan 161 peratus dalam jumlah penumpang antarabangsa yang dibawa kepada jumlah gabungan 278.5 juta.

Sementara itu, memasuki tahun 2023 pasaran kargo udara pula dibebani pelbagai cabaran, termasuk inflasi serta pengukuhan dolar AS.

Namun begitu, pada bulan-bulan terakhirnya ia menyaksikan permintaan berkembang dengan kukuh, diterajui oleh peningkatan dalam penghantaran e-dagang.

Memandang ke hadapan, Menon menyatakan bahawa 2024 menjanjikan satu lagi tahun yang baik untuk syarikat-syarikat penerbangan Asia.

Trafik penumpang antarabangsa dijangka kembali ke tahap sebelum pandemik dalam beberapa bulan akan datang, dirangsang oleh kembalinya pelancongan dan pengembangan ekonomi wilayah yang berdaya tahan.

“Bagaimanapun, masih terdapat beberapa ketidaktentuan dalam perniagaan dan sentimen pengguna di tengah-tengah peningkatan risiko geopolitik.

Oleh itu, syarikat-syarikat penerbangan di rantau ini kekal berwaspada terhadap pengaruh pasaran sambil terus melabur untuk pertumbuhan masa depan.” – BERNAMA

BERITA LAIN

Kerajaan fokus selesai isu kos sara hidup

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kerajaan akan terus melaksanakan dasar-dasar yang mampu mengangkat martabat rakyat, termasuk dalam menyelesaikan isu berkaitan kos sara hidup.

BERITA TERBARU