ARTIKEL

Trafik penumpang udara meningkat 31 peratus pada Jun 2023 – IATA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Jumlah trafik penumpang udara melonjak 31 peratus tahun ke tahun pada Jun 2023 apabila momentum pemulihan selepas pandemik berterusan, mencapai 94.2 peratus daripada tahap prapandemik, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).  

Pada separuh pertama 2023, hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) meningkat 47.2 peratus berbanding tahun lepas walaupun trend pemulihan berbeza-beza di seluruh wilayah, kata IATA.

“Trafik domestik meningkat 27.2 peratus tahun ke tahun pada Jun, melebihi RPK prapandemik sebanyak 5.1 peratus. Hasil ini tercapai didorong oleh prestasi kukuh pasaran domestik utama,” kata IATA dalam laporan analisis pasaran penumpang udara terbaharunya.

IATA berkata jumlah RPK antarabangsa meningkat 33.7 peratus daripada tahap dicatatkan pada Jun 2022, mengekalkan pemulihan kukuh tahun ini.

“Khususnya syarikat penerbangan di Asia Pasifik mengekalkan momentum pertumbuhan mereka, dirangsang oleh permintaan perjalanan udara yang berdaya tahan di rantau ini,” katanya.

Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata musim perjalanan pada musim panas di hemisfera Utara bermula dengan kukuh pada bulan Jun dengan pertumbuhan permintaan dua angka dan faktor muatan purata melebihi 84 peratus.

Baca lain  Siapkan projek sakit

“Pesawat penuh..ia merupakan berita baik untuk syarikat penerbangan, ekonomi tempatan dan pekerjaan, bergantung kepada perjalanan dan pelancongan.

Semua mendapat manfaat daripada pemulihan berterusan industri,” katanya dalam satu kenyataan.

Syarikat penerbangan di Asia Pasifik mempunyai 128.1 peratus kenaikan trafik pada Jun 2023 berbanding Jun 2022, ia merupakan peratusan keuntungan terbesar di rantau tersebut.

Kapasiti meningkat 115.6 peratus dan faktor beban melonjak sebanyak 4.6 mata peratusan kepada 82.9 peratus.

Walsh berkata selagi permintaan perjalanan udara kukuh, ia dijangka akan mencatatkan prestasi lebih baik.

“Permintaan melebihi pertumbuhan kapasiti.

Masalah yang didokumentasikan dengan baik dalam rantaian bekalan penerbangan bermakna banyak syarikat penerbangan tidak menerima penghantaran semua pesawat baharu yang lebih mesra alam mereka jangkakan manakala banyak pesawat tidak bergeraka kerana menunggu alat ganti yang kritikal,” katanya.

Selain itu, beliau berkata bagi armada pesawat yang sedang dalam perkhidmatan, beberapa penyedia perkhidmatan navigasi udara (ANSP) gagal memberikan kapasiti dan daya tahan diperlukan untuk memenuhi permintaan perjalanan.

“Kelewatan dan jadual penerbangan dIkurangkan mengecewakan penumpang dan syarikat penerbangan. Kerajaan tidak boleh terus mengabaikan akauntabiliti ANSP di tempat di mana rejim hak penumpang meletakkan beban tanggungjawab ke atas syarikat penerbangan,” katanya.

Baca lain  Industri perbankan kini hadapi saingan platform pembayaran - Bank Dunia

IATA mewakili kira-kira 300 syarikat penerbangan yang terdiri daripada 83 peratus daripada trafik udara global dan statistiknya meliputi jadual trafik udara antarabangsa dan domestik untuk syarikat penerbangan ahli dan bukan ahli.

Jumlah bahagian pasaran trafik penumpang mengikut rantau bagi pesawat untuk 2022 daripada  segi RPK adalah Asia-Pasifik (22.1 peratus), Eropah (30.8 peratus), Amerika Utara (28.8 peratus), Timur Tengah (9.8 peratus), Amerika Latin (6.4 peratus) dan Afrika (2.1 peratus). – BERNAMA

BERITA LAIN

127,295 orang bekerja sendiri mendaftar SKSPS

BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang: Golongan bekerja sendiri digesa mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang, daripada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,