ARTIKEL

Tragedi bot karam: Ahli Parlimen Kapit zahir rasa simpati

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ahli Parlimen Kapit Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menzahirkan rasa sedih dan simpati dengan tragedi perahu karam yang berlaku berhampiran Jambatan Mujong Kapit semalam.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, beliau berkata seramai 13 mangsa selamat manakala seorang lagi masih belum ditemui.

“Sesungguhnya tragedi ini sangat menyayat hati lebih-lebih lagi dalam persiapan menyambut perayaan Gawai yang bakal tiba esok.

“Saya berharap mangsa dapat ditemui dengan kadar segera dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman rasmi Facebooknya, hari ini.

Sehubungan itu, Nanta yang juga Menteri Kerja Raya meminta wakilnya di kawasan berkenaan untuk memantau keadaan semasa.

“Kita juga akan menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada keluarga dan juga pasukan penyelamat sekiranya diperlukan,” ujarnya.

Terdahulu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mendedahkan mangsa yang hilang adalah seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dikenali sebagai Linsa Empih Melin dari Rumah Geramong Nanga Sipoh, Mujong Tengah, Kapit. 

Bot terbabit dinaiki oleh enam orang lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa, empat kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

Dilaporkan bot tersebut dari arah bandar Kapit menuju ke Rumah Geramong Nanga Sipoh, Mujong Tengah telah karam akibat arus deras dan lebih muatan.

BERITA LAIN

Projek ikan bulu bawa tuah

SIMANGGANG: Koperasi Opah Sri Aman Berhad antara lima kumpulan terbaik yang menerima RM15,000 pada Shell LiveWIRE Pre-Accelerator Bootcamp Sarawak 2024. Nur Izzati Zalaluddin dan pasangan

Jualan tiket bas laris menjelang Hari Gawai Dayak

KUCHING: Menjelang perayaan Hari Gawai Dayak, ramai orang kembali ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut perayaan tersebut bersama keluarga tersayang. Ia merupakan salah satu perayaan

BERITA TERBARU

Projek ikan bulu bawa tuah

SIMANGGANG: Koperasi Opah Sri Aman Berhad antara lima kumpulan terbaik yang menerima RM15,000 pada Shell LiveWIRE Pre-Accelerator Bootcamp Sarawak 2024. Nur Izzati Zalaluddin dan pasangan

Gilap bakat belia

LIMA sahabat karib yang mengaku bersaudara dan berjanji sehidup semati mencipta sejarah dan mengukir kisah agung dalam lipatan sejarah Melayu Nusantara. Walaupun ia berlaku ratusan