ARTIKEL

Pasukan keselamatan membantu mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Tragedi bot karam Jeram Menjawah, mayat mangsa kedua ditemui

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELAGA: Mayat mangsa terakhir bot karam di Jeram Menjawah, berhampiran Rumah Panjang (Rh) Apan Long Menjawah dijumpai hari ini.

Mayat Rhuban a/l Apparoo, 30, ditemui orang awam di kawasan hilir Rumah Kejaman Neh Long Liten iaitu sejauh 18 kilometer dari lokasi kejadian pada jam 8.22 pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, sepasukan anggota bergerak ke lokasi sebaik sahaja dimaklumkan berhubung penemuan itu.

“Mangsa dibawa menggunakan bot Polis bersama anggota bomba ke jeti Belaga dari tempat mangsa telah dijumpai.

“Kita kemudiannya mengangkat mangsa dari bot sebelum menyerahkan mayatnya kepada pihak PDRM Belaga untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam insiden pada 4.33 petang itu, mangsa yang berasal dari Kedah dilaporkan hilang pada Ahad, selepas bot yang dinaiki mereka bersama tiga yang lain karam.

Kejadian dipercayai berpunca akibat arus deras di Jeram Menjawah.

Susulan penemuan itu, ops SAR yang turut disertai Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan (RELA), Polis dan Lembaga Sungai Sungai Sarawak (LSS) itu dihentikan.

BERITA LAIN

Hentikan sikap buang sampah dalam sungai

KUCHING: Masyarakat setempat di sekitar Sungai Sut digesa memantau dan menghentikan aktiviti pembuangan sampah yang mampu mencemarkan sungai dan alam sekitar. ADUN Pelagus Wilson Nyabong

Douglas Uggah terima dua kunjungan hormat

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima dua kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam. Kunjungan yang pertama adalah daripada Konsulat

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

BERITA TERBARU