ARTIKEL

Pasukan bomba mengangkat mayat mangsa ke tebing sungai dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Tragedi bot karam Jeram Menjawah, seorang ditemui lemas, satu masih hilang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELAGA: Seorang daripada dua mangsa bot karam di Jeram Menjawah, berhampiran Rumah Panjang (Rh) Apan, Long Menjawah, di sini ditemui meninggal dunia hari ini.

Mayat Balavishnu Permaloo, 36, dijumpai terapung kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian pada jam 1.15 tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pasukan bomba mengangkat mayat mangsa ke tebing sungai dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi SAR dipergiatkan lagi untuk mencari seorang lagi mangsa, Rhuban Apparoo, yang masih hilang.

“Ketika ini, kita mempergiatkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa, iaitu Rhuban Apparoo, 30, yang masih hilang,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam insiden yang berlaku pada 4.33 petang Ahad lepas, mangsa yang berasal dari Kedah itu dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki mereka bersama tiga yang lain karam.

Kejadian dipercayai akibat arus deras di Jeram Menjawah.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

BERITA TERBARU