ARTIKEL

FB: Lambe Kawanua

Tragedi Gunung Ruang: Lapangan Terbang Sam Ratulangi, Manado masih tutup hingga 6 petang Jumaat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MANADO: Ekoran letusan Gunung Ruang diKabupaten Siau Tagulandang Biaro (Sitaro), Sulawesi Utara, Lapangan Terbang Sam Ratulangi, Manado, masih ditutup sementara sejak Khamis hingga 6 petang (WITA) Jumaat ini.

Memetik CNN, penumpang memenuhi ke Lapangan Terbang Sam Ratulangi menunggu pengumuman penerbangan seterusnya.

Pengurus Besar, AP I Lapangan Terbang Sam Ratulangi Maya Damayanti menjelaskan pihaknya terus memantau perkembangan situasi Gunung Ruang.

Syarikat penerbangan juga memberi opsyen mengembalikan wang atau penjadualan semula bagi penumpang yang penerbangannya dibatalkan.

Setakat ini, terdapat 33 penerbangan dibatalkan di lapangan terbang tersebut.

BERITA LAIN

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA