ARTIKEL

TERGAMAM...Diyyane Yanz Love,14, bersama nenek dan datuknya Tumbo Usen,67 dan Rindung Milo,65, melihat video media sosial kejadian kemalangan helikopter yang dinaiki oleh Joana Felicia,27, di TLDM Lumut, Perak kira-kira jam 9 pagi di Kampung Sumpas Tampek, Serian semalam. FOTO GHAZALI BUJANG

Tragedi helikopter TLDM: Joanna kami telah pergi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Sebuah kereta Proton Saga peninggalan LK I JJM Joanna Felicia Rohna kepada datuk dan neneknya untuk kegunaan seharian akan sentiasa dikenang dan menjadi sisa kenangan buat keluarga ini.

Kereta tersebut dibeli Joanna untuk mempermudah urusan Tumbo Usen dan Rindung Milo, masing-masing berusia 70-an ke klinik mahupun urusan harian yang lain.

Bagaimanapun semalam, bagaikan hilang separuh nyawa sebaik mendapat khabar cucu kesayangan antara sepuluh mangsa terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas ketika raptai Perbarisan TLDM Ke-90 Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

“Awalnya kami berasa sangsi, tidak percaya tetapi anak mengesahkannya antara yang terkorban Joanna kesayangan kami,” katanya nenek menahan sebak.

Suasana hiba di kediaman Joana terasa, melihat adik-beradik mendiang menenangkan datuk dan neneknya sementara ibu bapa Joanna sudah diterbangkan ke lokasi kejadian sebaik disahkan, semalam.

Berita lanjut dalam https://stssapp.com/

SEBAK…Diyyane Yanz Love,14, bersama neneknya Rindung Milo,65, melihat video media sosial kejadian kemalangan helikopter yang dinaiki oleh Joana Felicia,27, di TLDM Lumut, Perak kira-kira jam 9 pagi di Kampung Sumpas Tampek, Serian semalam.
Foto : Ghazali Bujang
FOTO: Ghazali Bujang
SEBAK…Tumbo Usen,67, dan isterinya Rindung Milo,65, yang kehilangan cucu mereka Joana Felicia,27, yang terlibat dalam kemalangan helikopter TLDM dalam raptai pagi tadi di TLDM Lumut, Perak kira-kira jam 9 pagi di Kampung Sumpas Tampek, Serian semalam. FOTO GHAZALI BUJANG

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA