ARTIKEL

Tragedi helikopter TLDM terhempas: PM Anwar ucap takziah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut hari ini.

Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkorban dengan doa agar diberi kekuatan menghadapi musibah ini.

Tragedi ini ternyata memberi kesan yang mendalam kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kehilangan besar buat negara.

“Saya dimaklumkan satu siasatan segera dijalankan Kementerian Pertahanan khususnya TLDM untuk mencari punca nahas,” tegas Anwar.

“Mendoakan semoga roh semua yang terkorban dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa mereka.

“Semoga Tuhan mengasihi mereka dan memberi tempat dan kedudukan yang istimewa di-Sisinya,” ucap Anwar di Facebook beliau.

BERITA LAIN

SAR warga emas di Kampung Kakeng diteruskan

SERIAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki warga emas dari Kampung Kakeng dekat sini yang dipercayai hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak Sabtu, diteruskan

BERITA TERBARU

Gara-gara panik, suri rumah rugi sekitar RM100,000

KOTA SAMARAHAN: Seorang suri rumah mengalami kerugian sekitar RM100,000 selepas terpedaya dengan panggilan penipuan oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk