ARTIKEL

Tragedi kebetulan atau dirancang?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan tragedi kapal selam The Titan meletup di dasar laut ketika melakukan selaman.

Apabila diamati kisah tersebut, menerusi beberapa laporan berita di dunia, ia seakan-akan sama dengan satu episod animasi Amerika Syarikat, The Simpsons.

Tragedi kapal selam Titan meletup berlaku pertengahan Jun lalu “digambarkan” The Simpsons dalam episod bertajuk Simpsons Tide yang dikeluarkan pada 8 Januari 2006.

Siri itu memaparkan lima individu membuat eksplorasi dasar laut bertujuan melihat serpihan kapal mewah yang tenggelam di dasar laut.

Malangnya misi mereka gagal disebabkan kapal selam yang mereka naiki berdepan masalah tertentu dan meletup di dasar laut.

Dalam tragedi kapal selam Titan, perkara yang seakan-akan sama berlaku.

Ironinya dalam siri tersebut menujukkan si ayah dan anak yang mengikuti ekspedisi tersebut juga sama dengan tragedi Titan.

Apabila difikirkan, episod The Simpsons Tide ditayangkan pada 2006 dan insiden kapal selam Titan berlaku pada 18 Jun 2023.

Secara tidak langsungnya, kejadian dan episod tersebut hanya kebetulan, namun sejauh mana kebenarannya.

Baca lain  Penilai kepada prestasi pekerja

Untuk makluman, perkara serupa itu bukan pertama kali berlaku seperti yang digambarkan dalam siri The Simpsons.

Ia termasuk peristiwa besar berlaku seolah-olah sama dengan jalan siri kartun itu dan hampir kesemua jalan cerita ditayangkan jauh lebih awal sebelum peristiwa atau kejadian tersebut.

Antaranya, termasuk pelantikan Donald J Trump sebagai presiden Amerika Syarikat, kematian Ratu Elizabeth II, pembelian syarikat Disney serta skandal Fifa dan banyak lagi.

Kesemua saling berkaitan termasuk beberapa pemimpin dunia yang dikaitkan dengna New World Order juga ditayangkan dalam The Simpsons sebelum kejadian sebenar berlaku.

Maka muncul konspirasi mengatakan penulis dan pereka cerita ini datang dari masa depan.

Ini kerana visual yang ditayangkan hampir serupa dengan apa-apa yang berlaku di dunia realiti dan sehingga ke hari ini masih menjadi tanda tanya penggemar teori konspirasi.

Persoalannya, adakah ia berlaku secara kebetulan atau perkara ini sememangnya dirancang?

BERITA LAIN

Pengurusan rekod sistematik, efisien

SESI kunjungan hormat Ikmas ke Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak diketuai Timbalan Pengarah Ikmas, Abd Malek Ghazali dan disambut Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak

Lawatan ke CENTEXS

SERAMAI 106 pelajar semester dua Diploma Dakwah Islamiyah mengikuti lawatan ke Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) diiringi enam pegawai Ikmas. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan

Kuih bongkol juadah istimewa Sarawak

KUIH bongkol tidak asing lagi bagi masyarakat Sarawak lebih-lebih lagi pada Ramadan lalu. Malah, kuih ini pasti menjadi salah satu hidangan wajib dijual oleh peniaga

Bertuntung gaya moden

TRADISI “bertuntung” dilihat semakin moden dengan gabungan lampu LED atau lampu liplap sebagai penyeri rumah pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga Syawal di Sarawak. Tradisi

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,