ARTIKEL

Gambar Hiasan: Canva

Tragedi kepala air: Budak lelaki ditemukan lemas, ibu dan adik perempuan hilang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Niat sepasang suami isteri dan tiga anak mereka untuk menjala ikan di sebatang sungai di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan dekat sini petang tadi berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada anak pasangan itu lemas manakala si ibu dan seorang lagi anaknya masih hilang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata pihaknya menerima laporan kecemasan berhubung insiden itu pada 4.35 petang daripada si bapa yang terselamat.

“Kita menerima laporan kejadian daripada mangsa yang terselamat iaitu seorang lelaki berusia 40 tahun yang memaklumkan isterinya yang berusia 38 tahun serta tiga anaknya, dua lelaki berusia sembilan dan 10 tahun dan seorang anak perempuan berusia empat tahun, dihanyutkan arus deras,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata Pasukan Penyelamatan di Air Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam telah dikejarkan ke tempat kejadian dan berjaya menemukan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun pada 7.01 malam kira-kira satu kilometer dari tempat kesemua mangsa dihanyutkan.

Beliau berkata sebelum itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun berjaya ditemukan oleh orang awam dalam keadaan selamat pada 5.18 petang.

“Operasi kini menumpukan kepada pencarian si ibu dan anak perempuannya yang masih hilang,” katanya. 

Menurut Ahmad Mukhlis, semakan awal mendapati kesemua mangsa menjala ikan di kawasan terbabit sebelum air deras tiba-tiba melanda sungai itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

Kanak-kanak lelaki tertusuk besi pagar rumah

MIRI: Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun terpaksa menahan kesakitan selepas tangannya tertusuk besi pagar rumah di sini semalam. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.