ARTIKEL

Tragedi MV Tung Sung: Tumpu pencarian mayat kru di dalam kapal sekiranya berjaya diapungkan esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat kru kapal MV Tung Sung yang karam berhampiran Pulau Burung, Sebuyau akan dilanjutkan esok, bagi mencari mayat mangsa di dalam kapal sekiranya kapal itu berjaya diapungkan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata proses menterbalikkan kapal terbabit dijangka dapat dilaksanakan pada esok atau Jumaat.

“Proses menterbalikkan kapal dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hari dan paling lama tujuh hari,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata selepas proses menterbalikkan berjaya dilaksanakan, pencarian mangsa akan dilakukan di dalam kapal berkenaan oleh pasukan penyelamat oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan pasukan pengawal pantai Sarawak (SCG).

Selain itu, katanya pihak bomba dan Angkatan Pertahanan Awam akan bersedia di pangkalan jeti Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) Sebuyau untuk penerimaan mayat.

Sementara, Pengarah Maritim Sarawak
Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata syarikat yang dilantik untuk menterbalikkan kapal itu masih dalam proses tinjauan awal.

“Hari ini penyelam dari kontraktor yang dilantik melakukan penyelaman untuk proses-proses menterbalikkan kapal,” katanya dalam kenyataan.

Menjelas lanjut, beliau berkata tiada sebarang petunjuk baharu ditemui oleh pasukan penyelamat setakat pencarian hari ini, yang memasuki hari ketujuh.

Katanya keluasan sektor operasi pencarian pada hari ini yang dikoordinasikan oleh Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching, Maritim Malaysia merangkumi keluasan 178.7 batu nautika persegi dengan jumlah keseluruhan 1,221.36 batu nautika persegi.

Katanya operasi melibatkan Maritim, PPM, bomba, SCG, APM, polis dan Jabatan Laut, dengan kekuatan seramai 55 orang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

New Delhi catat suhu 52.3 darjah Celsius

NEW DELHI: Suhu harian di ibu negara India, New Delhi melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa pada Rabu. “Stesen cuaca Mungeshpur di Delhi hari ini

Bernama menangi anugerah laporan berita terbaik

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) memenangi Anugerah Media Cetak dan Portal Berita (Laporan Berita Terbaik) pada majlis Anugerah Media Agrobank 2024 di sini