ARTIKEL

Abang Johari menerima cenderahati daripada Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki (dua kiri) sambil disaksikan tetamu kehormat lain pada Sidang Kemuncak Kepimpinan Korporat Sarawak (SCOPE) 2026: Daripada Visi kepada Realiti dalam Perjalanan Transformasi Sarawak di Kuching, hari ini. | Gambar Ghazali Bujang

Transformasi Sarawak bukan tanggungjawab kerajaan sahaja – Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Transformasi Sarawak memerlukan penglibatan sektor korporat, universiti, institusi dan masyarakat, bukan hanya bergantung kepada usaha kerajaan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, setiap organisasi perlu mengenal pasti peranan masing-masing dalam membentuk masa depan negeri, termasuk membangunkan keupayaan, menguasai teknologi dan melahirkan bakat yang diperlukan.

“Transformasi berlaku apabila banyak organisasi, institusi dan individu menyumbang ke arah satu hala tuju bersama,” katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Kepimpinan Korporat Sarawak (SCOPE) 2026: Daripada Visi kepada Realiti dalam Perjalanan Transformasi Sarawak di sini, hari ini.

Persediaan perlu dilakukan lebih awal dengan memberi tumpuan kepada keupayaan, teknologi, pembangunan bakat dan penerokaan pasaran baharu bagi memastikan Sarawak bersedia merebut peluang pada masa depan.

Katanya, Sarawak mempunyai pelbagai kekuatan termasuk sumber asli, tenaga boleh diperbaharui, tanah, biodiversiti, kedudukan strategik, keupayaan kewangan dan modal insan yang perlu digabungkan dengan visi serta keupayaan untuk diterjemahkan kepada industri baharu bernilai tambah tinggi.

Sebagai contoh, Sarawak berpotensi membangunkan industri berasaskan gas menerusi teknologi baharu, termasuk kerjasama dengan Highchem, Sakura dan Indorama Ventures Public Company Limited yang merancang menempatkan operasi di Bintulu dengan pelaburan mencecah AS$1 bilion.

“Ini adalah industri baharu. Sebab itu saya rasa Sarawak mempunyai kekuatan dan ramuan untuk kita transformasikan kepada industri yang maju dan baharu,” katanya.

Menurutnya, perkembangan teknologi turut membolehkan industri baharu dibangunkan secara lebih kompetitif, manakala usaha mempelbagaikan ekonomi, meningkatkan produktiviti, daya tahan, modal insan dan institusi perlu dilaksanakan secara berterusan.

“Keputusan dan pelaburan yang kita buat hari ini akan menentukan bentuk Sarawak dalam tempoh 10, 20 dan 30 tahun akan datang.

“Marilah kita terus membina ekonomi yang lebih pelbagai, lebih produktif dan lebih berdaya tahan serta memastikan kemajuan hari ini mewujudkan peluang lebih besar kepada generasi akan datang,” katanya.

BERITA LAIN

Ruby Elite sasar PNGK 4.00 STPM 2027

KOTA SAMARAHAN: Pelajar Tingkatan Enam daripada empat sekolah menengah di Samarahan menyertai Program 4.00: Ruby Elite Siri 1 STPM 2027 bagi memperkukuh persediaan akademik dan

Empat sayap PBB Tebedu pilih Simon calon GPS

KUCHING: Empat sayap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tebedu sebulat suara menyokong Dr Simon Sinang Bada dicalonkan semula sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS)

BERITA TERBARU

Ruby Elite sasar PNGK 4.00 STPM 2027

KOTA SAMARAHAN: Pelajar Tingkatan Enam daripada empat sekolah menengah di Samarahan menyertai Program 4.00: Ruby Elite Siri 1 STPM 2027 bagi memperkukuh persediaan akademik dan