ARTIKEL

Treler bawa muatan baja terbakar di Jalan Persisiran Pantai Kuala Tatau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BALINGIAN: Sebuah treler membawa muatan baja terlibat dalam kebakaran di Jalan Persisiran Pantai Kuala Tatau, di sini, pagi tadi. 

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian pada jam 4.45 pagi daripada Penghulu yang berada berhampiran kawasan kebakaran tersebut. 

“Setibanya kami di lokasi, empat tayar di bahagian belakang treler telah terbakar. 

“Sehubungan itu, pihak bomba menggunakan satu salur bantu mula untuk memadamkan kebakaran sehingga selesai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Menurutnya, kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada pemandu dan kelindan treler. 

Tambahnya, punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada jam 6.34 pagi. 

Keadaan treler dalam kejadian kebakaran di Jalan Persisiran Pantai Kuala Tatau, pagi tadi. 
Pihak bomba membantu memadamkan api semasa kejadian. 

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU