ARTIKEL

Freepik.com

Trend jangkitan influenza stabil – KKM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Analisis semasa KKM mendapati trend jangkitan influenza di negara ini merekodkan bacaan yang stabil, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Beliau berkata, kadar konsultasi kes penyakit seperti influenza (ILI) antara 6.14 dan 6.44 peratus, manakala kadar kemasukan pesakit ke wad dengan jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) ialah 6.98 peratus hingga 8.79 peratus sepanjang bulan lepas.

“Aktiviti survelan makmal yang dijalankan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) juga tidak mengesan sebarang kelainan atau perubahan atau mutasi pada virus influenza yang menular pada ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU