ARTIKEL

Trend penagihan dan pengedaran dadah semakin membimbangkan di Limbang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Trend penagihan dan pengedaran dadah semakin membimbangkan di kawasan Limbang.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata, penyalahgunaan dadah ini banyak memberi kesan buruk kepada masyarakat, agama dan negara.

Menurutnya, peningkatan penyalahgunaan dadah seterusnya menyumbang kepada kadar peningkatan kadar jenayah.

“Para penagih ini sanggup melakukan apa sahaja jika terdesak untuk mendapatkan bekalan dadah termasuklah mencuri, mengugut dan paling teruk membunuh.

“Hal ini akan mewujudkan situasi kurang selamat dalam kalangan komuniti,” katanya semasa ucapan perasmian penutupan Dialog One Stop Committee (OSC) Bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (MiDC) di Dewan Suarah Limbang, baru-baru ini.

Turut hadir, Pegawai Daerah Limbang merangkap Pengerusi OSC MIDS Superi Awang Said, Setiausaha Eksekutif Majlis Pembangunan Sosial Sarawak Dr Zufar Yadi Brendan Abdullah, Ketua Jabatan dan Ketua Kaum.

Hasbi menjelaskan, penyalahgunaan dadah juga menjadi punca kepada banyak kes jenayah dan isu-isu sosial lain.

“Menurut kajian Yayasan pencegahan Jenayah Malaysia, sebanyak 60 peratus kes jenayah dilakukan oleh individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Sekaligus masalah menyebabkan berlakunya masalah rumah tangga dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan wanita,” jelasnya.

Tambahnya, kawasan Limbang pada masa ini sudah berada di tangga ke-20 dari keseluruhan Sarawak dalam kes penagihan dan pengedaran dadah.

Ujarnya, jika permasalahan ini tidak dibendung dari sekarang, tidak mustahil Penyalahgunaan dadah di Limbang akan terus membarah.

“Langkah penyelesaian yang lebih holistik, sistematik dan bersepadu perlu dilaksanakan bagi menangani isu dadah dan substance.

“Pelbagai pihak termasuklah masyarakat setempat perlu berganding bahu agar dapat memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan jayanya,” tegas beliau.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira