ARTIKEL

Trend pengambilan dadah di Sarawak terkawal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Trend pengambilan dadah di Sarawak berada pada tahap yang terkawal, kata Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya, Sarawak merupakan negeri keempat terendah dalam isu dadah di seluruh Malaysia.

Abdul Karim (tengah) bersama-sama Timbalan Pengerusi PEMADAM Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Setiausaha Eksekutif PEMADAM Munawwar Ismail serta yang lain merakam gambar sejurus selepas mesyuarat PEMADAM.

Bagaimanapun katanya, perkara tersebut tidak boleh diambil remeh, malah masalah penyalahgunaan dadah ini perlu ditangani secara holistik.

“Setiap keluarga, ibu bapa, agensi, jabatan dan wakil rakyat mesti ambil tahu kerana masalah dadah memang tidak terlalu nampak dalam skala kecil.

“Namun apabila besar, mereka akan menjadi lebih sukar untuk dikawal.

Oleh itu, masalah ini perlu diatur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat PEMADAM Sarawak, di sini hari ini.

Tambahnya, PEMADAM berperanan penting selain bertanggungjawab untuk menyebarkan kesedaran kepada orang ramai.

“Kita perlu terus melakukan bahagian kita sesuai dengan tanggungjawab kita untuk menabur khidmat kepada masyarakat,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

Premis makanan dipantau supaya sentiasa bersih, selamat

SIMANGGANG: Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman mempergiatkan pemantauan terhadap premis makanan sekitar Simanggang bagi memastikan pengusaha mengutamakan aspek kebersihan terbaik.

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan