KUCHING: Keadaan banjir di beberapa negeri termasuk Sarawak mencatatkan penurunan jumlah mangsa banjir bermula pagi sehingga 4 petang tadi.
Keadaan cuaca yang lebih baik hari ini menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) terus merekodkan penurunan dengan 3,780 orang setakat ini berbanding 4,247 orang pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam laporan terbarunya memaklumkan sebanyak 43 PPS masih lagi beroperasi di enam daerah yang dilanda banjir sejak Rabu lepas.
Kuching masih lagi mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi seramai 2,676 orang di 31 PPS, diikuti Serian (1,068 orang di 10 PPS), Samarahan (29 orang di satu PPS) dan Miri (tujuh orang di satu PPS).
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my