ARTIKEL

Trienekens: Perkhidmatan awal kutip sampah sempena Hari Raya Aidilfitri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd akan menjalankan perkhidmatan awal pengumpulan sampah di kawasan-kawasan terpilih sebagai persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada April depan.

Trienekens menerusi satu kenyataan media berkata, kawasan yang terpilih akan menerima perkhidmatan awal iaitu pada 8 April (Isnin) bermula jam 12 tengah malam ke atas.

“Sekiranya Hari Raya pertama jatuh pada hari Rabu (10 April), kawasan tersebut akan menerima perkhidmatan sehari lebih awal iaitu pada Selasa (9 April).

“Pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan kutipan pada Hari Raya pertama bagi kawasan yang terlibat dan perkhidmatan ini akan kembali seperti biasa bermula Hari Raya kedua,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujarnya, antara kawasan yang menyediakan perkhidmatan awal membabitkan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

“Senarai kawasan dengan perkhidmatan kutipan awal ini juga boleh didapati di laman web Trienekens di pautan http://trienekens.com.my/raya2024.

“Penduduk juga diingatkan supaya menjaga kebersihan kawasan kejiranan dan mengelakkan daripada membuang sampah secara sembarangan.

Baca lain  Fokus produk standard antarabangsa

“Sebarang sisa buangan tambahan hendaklah dibungkus dengan selamat dan diletakkan di sebelah tong roda untuk pelupusan yang selamat dan betul oleh pasukan pemungut,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Hotline Trienekens di 082-612300 (Isnin-Jumaat, 8.30 pagi -5.30 petang) atau e-mel customercare@trienekens.com.my.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali