ARTIKEL

Trio pecut kini intai pingat Sukan Asia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NILAI: Trio pecut berpasukan negara kini mengintai pingat pada temasya Sukan Asia Hangzhou, China, September ini, selepas berjaya meraih gangsa di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional Nilai, di sini, kelmarin.

Kombinasi Muhammad Fadhil Mohd Zonis, 25, Muhammad Ridwan Sahrom, 22, dan Umar Hasbullah, 20, yang baru dibentuk, telah pun mendapat kepercayaan ketua jurulatih negara, John Beasley, untuk beraksi di Sukan Asia bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini.

Muhammad Ridwan berkata sekiranya semua berjalan mengikut perancangan Beasley, mereka akan terus bekerja keras untuk memperbaiki teknik dan prestasi bagi mencabar pasukan seperti Jepun dan China  di Hangzhou.

“Di Sukan Asia nanti, kita mahu berikan yang terbaik, harap dapat bawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beasley sebelum ini berkata, beliau tidak akan membariskan Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Shahrom untuk acara berpecut pasukan di Sukan Asia kerana jadual padat, selain mahu memberikan peluang kepada pelumba muda.

Sebaliknya, Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus akan fokus untuk acara pecut dan keirin individu sahaja dalam mengejar mata kelayakan ke Olimpik Paris 2024.

Kelmarin, gandingan Muhammad Fadhil, Muhammad Ridwan dan Umar menghadiahkan gangsa acara pecut berpasukan manakala Jepun dan China masing-masing menang pingat emas dan perak. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU