ARTIKEL

Trong mengetuai Parti Komunis di Vietnam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HANOI: Parti Komunis yang memerintah Vietnam, melantik semula Nguyen Phu Trong sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis ke-13, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Pelantikan itu merupakan kemenangan yang menjadikan Trom pemimpin paling berkuasa dalam beberapa dekad, namun kemenangan kali ini dibayangi oleh wabak Covid-19 yang serius di negara itu.

Trong, seorang konservatif proChina berusia 76 tahun, dikhabarkan berada dalam keadaan kesihatan yang buruk, dipilih susulan kongres Parti Komunis selama seminggu yang diadakan secara tertutup.

Pemilihan semula itu menjadikan beliau menjawat jawatan itu untuk penggal ketiga berturut-turut, buat julung kalinya dalam era moden Vietnam.

Kejayaan Trong dipilih semula untuk jawatan teratas itu dilihat hasil dorongan kempen antirasuah berprofil tinggi beliau, yang membanteras rasuah dalam parti, polis dan angkatan bersenjata.

“Kami menjangka Trong akan meneruskan kempen beliau yang turut menyiasat pegawai berpangkat tinggi parti termasuk tiga anggota Politburo,” kata Carl Thayer, profesor emeritus di University of New South Wales yang juga pakar Vietnam.

Dengan rasuah yang berleluasa dalam semua sektor kerajaan, usaha antirasuah Trong terbukti popular dalam kalangan masyarakat Vietnam dan kebanyakan anggota parti. “Kami mengagumi beliau atas kesungguhan dan usahanya untuk membersihkan dan menyucikan parti,” kata ahli lama Parti Komunis, Nguyen Tran Trung.

“Meskipun keadaan kesihatannya yang tidak begitu baik, kehadirannya sebagai pemimpin masih digeruni. Beliau memainkan peranan besar dalam menjaga Parti Komunis,” kata pegawai negara berusia 78 tahun itu kepada AFP.

Trong, setiausaha agung parti yang pertama berkhidmat selama tiga penggal sejak era reformasi ekonomi “doi moi” bermula pada 1986, juga pernah menjawat jawatan presiden sejak 2018. – AFP

BERITA LAIN

SIA ambil pendekatan lebih berhati-hati

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) mengambil keputusan menghentikan khidmat menyediakan makanan apabila isyarat tali pinggang keledar dinyalakan sebagai sebahagian daripada pendekatan lebih berhatihati selepas insiden penerbangan

Unit antikeganasan Indonesia tingkat kewaspadaan

JAKARTA: Unit antikeganasan polis elit Indonesia (Densus 88), mengesahkan semula komitmennya untuk memantau dengan teliti aktiviti pengganas di negara itu berikutan serangan terbaharu di sebuah

Empat korban runtuhan bumbung restoran

PALMA: Runtuhan bumbung sebuah restoran di pulau pelancongan terkenal Mallorca di Sepanyol pada Khamis mengorbangkan empat jiwa, manakala 21 yang lain cedera, menurut penyelamat tempatan.

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan

BERITA TERBARU