ARTIKEL

Trudeau mohon maaf

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

NEW YORK: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengemukakan permohonan maaf bagi pihak Parlimen Kanada selepas Ahli Parlimen diminta memberi penghormatan kepada seorang lelaki yang merupakan anggota Waffen SS Nazi, lapor Agensi Berita Jeman (dpa).

Speaker Parlimen Kanada, Anthony Rota meletak jawatan pada Selasa selepas meminta Ahli Parlimen memberikan penghormatan kepada Yaroslav Hunka, sempena lawatan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky ke Ottawa pada Jumaat. Hunka, 98, diberi tepukan gemuruh dan dianggap sebagai wira Ukraine.

Tetapi Rota kemudian mendapati Hunka sebenarnya berkhidmat di bawah Nazi menentang Soviet.

“Ia adalah kesilapan yang amat memalukan Parlimen dan Kanada. Kami semua yang berada di Dewan ini pada Jumaat amat menyesal kerana berdiri dan bertepuk tangan walaupun kami tidak mengetahui perkara sebenar.

“Satu kesilapan sedangkan berjuta-juta orang yang maut ketika Holocaust.

Amat menyakitkan kepada mangsa yang menjadi sasaran rejim Nazi dalam Perang Dunia II,” kata Trudeau pada Rabu.

Beliau berkata Kanada amat menyesal dengan situasi yang turut mengaitkan Presiden Zelensky dan delegasi Ukraine

. “Amat membimbangkan kerana kesilapan besar ini dipolitikkan oleh Rusia dan penyokongnya, untuk memberikan propaganda palsu yang diperjuangkan oleh Ukraine,” kata Trudeau.

Rusia menyerang Ukraine pada Februari tahun lalu dan Moscow berulang kali merujuk kepimpinan Kyiv sebagai neo-Nazi, satu tuduhan yang dikecam masyarakat antarabangsa.

Semasa Perang Dunia II, nasionalis Ukraine Stepan Bandera bekerjasama dengan Nazi menentang Kesatuan Soviet dan menubuhkan Tentera Kebangsaan Ukraine. Dia dibunuh oleh ejen KGB di Munich pada 1959. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Empat peluncur ski maut dalam runtuhan salji

BISHKEK, Kyrgyzstan: Runtuhan salji di timur Kyrgyzstan mengorbankan empat nyawa, menurut perkhidmatan media Kementerian Situasi Kecemasan Kyrgyzstan pada Isnin. Tragedi berlaku pada 1 petang waktu

Protes ulang tahun pemberontakan anti-Marcos

MANILA: Beratus-ratus penunjuk perasaan Filipina berarak melalui Manila pada Ahad, menandakan ulang tahun kebangkitan yang menggulingkan Ferdinand Marcos, sambil berikrar untuk menghalang anaknya daripada mengulangi

Dadah RM2.7b dalam kargo pisang dirampas

LONDON: Rampasan dadah berat terbesar di Britain menyaksikan narkotik dengan nilai jalanan £450 juta (RM2.7 bilion) dirampas dalam kargo pisang, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC)

BERITA TERBARU

TYT Sarawak bulih gelar Pehin Sri

KUCHING: Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar udah nerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) ke