ARTIKEL

Trump didakwa bayar wang untuk tutup mulut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, pada Khamis didakwa berhubung penglibatannya dalam kes membuat sejumlah bayaran kepada seorang pelakon filem ‘lucah’ , lapor Agensi Berita Xinhua.

Perkara itu turut disahkan oleh peguam Trump, Joe Tacopina dan Susan Necheles menerusi satu kenyataan. “Presiden Trump didakwa.

Beliau tidak melakukan apa-apa jenayah.

Kami akan berusaha bersungguhsungguh menentang pendakwaan politik ini di mahkamah,” menurut kenyataan itu.

Trump, 76, dikatakan bekas presiden AS pertama dalam sejarah Amerika yang didakwa atas tuduhan jenayah yang masih belum didedahkan.

Tuduhan ke atasnya belum diumumkan pada masa ini, menurut CNN, memetik sumber.

Pejabat Peguam Daerah Manhattan Alvin Bragg dilaporkan menghubungi peguam Trump berhubung kes itu.

Bragg dan pembantunya telah menyiasat dakwaan yang mengatakan Trump ada membayar sebanyak AS$130,000 kepada Stormy Daniels menjelang pilihan raya presiden 2016.

Bayaran itu bertujuan untuk menghalang Daniels daripada mendedahkan kepada umum akan dakwaan hubungan seksualnya dengan Trump pada 2006.

Trump dari parti Republikan yang menjadi presiden AS dari 2017 hingga 2021, menafikan dakwaan itu serta menolak sebarang salah laku dan menyifatkan dakwaan itu sebagai bermotifkan politik.

Kes itu mendapat tumpuan memandangkan belum ada bekas presiden AS yang pernah didakwa atas pertuduhan jenayah apatah lagi Trump dikatakan mahu bertanding semula dalam pemilihan presiden akan datang. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU