Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Tua Pek Kong Balingian terima sumbangan RM20,000

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Abdul Yakub menyerahkan dana daripada Unifor kepada Pengerusi Tua Pek Kong Balingian Chan Kai Huan.
Abdul Yakub menyerahkan dana daripada Unifor kepada Pengerusi Tua Pek Kong Balingian Chan Kai Huan.

MUKAH: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor) menyerahkan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada Tua Pek Kong Balingian baru-baru ini.

Dana tersebut diserahkan kepada Pengerusi Tua Pek Kong Balingian Chan Kai Huan pada majlis ringkas bertempat di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Balingian dan disampaikan oleh Adun Balingian Abdul Yakub Arbi.

Abdul Yakub berkata, geran tersebut diberikan sebagai bukti keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap semua kaum dan agama di negeri ini.

“Bantuan ini diharap dapat digunakan untuk kebaikan masyarakat,” katanya.

Menurutnya, setiap dana yang disalurkan kerajaan perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi mengelak penyelewengan.

Sementara itu, Kai Huan menghargai sumbangan Kerajaan Sarawak bagi membantu rumah ibadat di negeri ini.

“Saya akan memastikan dana ini digunakan dengan sebaik mungkin untuk pembangunan Tua Pek Kong Balingian,” ujarnya.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru