ARTIKEL

Mawan menyerahkan watikah perlantikan kepada salah seorang Tuai Rumah pada majlis berkenaan.

Tuai rumah disaran galas amanah sebaik mungkin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAKAN: Tuai rumah (TR) perlu menggalas tugas dan amanah sebaik mungkin bagi mencapai matlamat seorang pemimpin yang berkesan untuk mentadbir komuniti.

Menurut Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Wilayah dan Komuniti), Tan Sri William Mawan Ikom, berkata TR juga perlu bersedia dengan mengadaptasi zaman digital yang serba mencabar, lebih-lebih lagi dalam hal ehwal pentadbiran.

Barisan Tuai Rumah merakamkan kenang-kenangan bersama Mawan (lima kiri).

Pada majlis itu, yang turut dihadiri Pemangku Pegawai Daerah Pakan, Yalin Asan, dan Pegawai Tadbir Negeri (SAO), Dana Ungki, seramai 21 orang penerima yang terdiri daripada Tuai Rumah telah menerima watikah lantikan daripada Mawan.

Daripada 21 orang Tuai Rumah tersebut, empat orang merupakan lantikan baharu dan 17 orang Tuai Rumah dilanjutkan perkhidmatan.

“Sebagai seorang ketua dalam komuniti yang besar, Tuai Rumah perlu bijak dan seiring dengan peredaran zaman yang menggunakan teknologi digital.

“Ini termasuklah sikap yang perlu tegas dan telus untuk merakyatkan sistem pentadbiran supaya berkesan serta berupaya membuat anjakan paradigma dalam komuniti khasnya penduduk di rumah panjang,” katanya.

Baca lain  Misi pencarian kru bot nelayan giat dilaksanakan

Mawan, yang merangkap ADUN Pakan, berkata demikian pada Majlis Penyerahan Watikah Lantikan dan Pelanjutan Tuai Rumah Fasa Satu di Pakan.

Di samping itu juga, beliau menyeru agar Tuai Rumah perlu bekerja keras dalam mengatur rakyat serta perlu bekerjasama dengan pelbagai pihak.

“Saya berharap agar Tuai Rumah perlu berpandangan jauh dalam mentadbir supaya semua yang dirancang dapat dilaksanakan secara teratur dan efisien,” katanya.

Mawan turut mengatakan bahawa bengkel pemantapan kepimpinan akan diadakan di Pakan bagi memperkasakan kepimpinan Tuai Rumah.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali

Sule jual kenderaan mewah 

PELAWAK Indonesia Sule, menjual kenderaan mewah miliknya yang terdiri daripada Ford Mustang, Porsche, Jeep Wrangler dan Mercedes Benz kerana tidak digunakan. Sule mengatakan dia menjual

Erat hubungan bersama komuniti

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri masih dirasai sempena Program Jiwa Madani bersama-sama Komuniti anjuran Ikmas di Dataran Ikmas, baru-baru ini. Program dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Pengarah