ARTIKEL

Datuk Lo Khere Chiang | RAMIDI SUBARI

Tubuh Kementerian Hal Ehwal Lelaki, tambah lelaki dalam pendidikan tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak mungkin perlu menambah Kementerian Hal Ehwal Lelaki dalam memastikan kaum lelaki di negeri ini tidak ketinggalan dalam menceburi pendidikan sehingga ke peringkat tinggi, kata Adun Batu Kitang Datuk Lo Khere Chiang.

Katanya, statistik terkini graduan dengan 80 peratus daripadanya merupakan kaum wanita jelas menunjukkan kaum lelaki kian berkurang dalam pendidikan tinggi.

“Apa yang berlaku kepada semua anak lelaki kita?

Kita sememangnya menyemak semula sistem pendidikan dalam bidang ini untuk mengembalikan anak lelaki ke sekolah dan menggalakkan mereka seperti wanita.

“Mungkin sudah tiba masanya kita mempunyai Menteri Hal Ehwal Lelaki juga,” katanya.

Justeru, beliau menyeru rakyat terus bersatu bersama-sama Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang kini terus berjuang dalam memartabatkan autonomi pendidikan dan kesihatan Sarawak.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan belia Sarawak bakal menikmati pendidikan percuma di universiti milik kerajaan dan institusi pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Curtin, Universiti Swinburne, Kolej Universiti I-Cats dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (Centexs).

Keutamaan diberikan kepada kursus teknikal dan kewangan seperti kejuruteraan, perakaunan, analisis siber, undang-undang siber, dan sains komputer untuk meningkatkan prospek pekerjaan anak-anak selepas tamat pengajian.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti