ARTIKEL

ALLAN (tengah) menyampaikan produk pertanian kepada peserta yang menyertai program tersebut.

Tubuhkan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan di Kanowit – Allan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANOWIT: Allan Siden Gramong mencadangkan sebuah Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) ditubuhkan di sini.

Menurut Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Machan itu, penubuhan pusat tersebut mampu membantu para petani di Daerah Kanowit memasarkan produk mereka ke tahap yang lebih bersistematik.

“Memandangkan kita di sini terlibat dengan pengeluaran produk hiliran dari hasil tanaman yang diusahakan oleh para petani seperti durian, dabai, sayur-sayuran dan halia, maka penubuhan CPPC di daerah ini amatlah bertepatan.

“Ini juga sudah pasti akan turut memberi manfaat yang besar kepada petani dan seterusnya kepada sektor ekonomi kita,” ujarnya.

Allan berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Penangguhan ‘Agriculture Community Outreach’ (AgriCOP) anjuran Jabatan Pertanian Sarawak Bahagian Kanowit di Rumah Maling Nyapang, Sungai Maong, di sini pada petang semalam.

Sehubungan itu, beliau menggesa golongan petani agar menyokong program AgriCOP yang merupakan salah satu daripada inisiatif Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Sarawak untuk meningkatkan ekonomi golongan sasar dalam sektor pertanian.

Ujarnya, program itu juga menjadi platform terbaik bagi Kerajaan Sarawak dalam mengembangkan aktiviti pertanian di negeri ini.

“Masyarakat luar bandar, terutamanya golongan petani, harus mengambil peluang yang diberikan oleh kerajaan dengan ilmu dan pengetahuan yang dikongsikan oleh pegawai dari Jabatan Pertanian Sarawak,” tegasnya.

Rentetan itu, Allan menyarankan agar golongan belia di kawasan luar bandar untuk menceburi bidang pertanian yang mampu memberi pendapatan yang lumayan.

Jelasnya, menceburi bidang itu juga dapat membantu usaha kerajaan melonjakkan potensi ekonomi di kawasan luar bandar.

“Golongan belia amat digalakkan untuk menceburi bidang pertanian kerana ia juga dapat memberi pendapatan yang lumayan.

“Namun tidak dinafikan ramai dalam kalangan belia yang tinggal di rumah panjang memilih untuk pindah ke bandar-bandar besar dan mencari pekerjaan berbanding memilih bidang pertanian,” katanya.

Program selama dua hari itu, yang bermula pada Khamis (4 April,) telah disertai seramai 120 peserta dari sembilan buah rumah panjang di sekitar Daerah Kanowit.

Hadir sama pada majlis itu ialah wakil Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Andrew Ling, Penolong Pengarah Pertanian Sarawak, Peter Jarit, dan Penolong Pegawai Pertanian Daerah Kanowit, Nicholas Jati.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)