Banjir kilat di sekitar Bandar Raya Kuching

Tubuh sistem berpusat JKM

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Datuk Seri Nancy Shukri bermesra dengan anak yang merupakan waris penerima Pencen Penakat Perkeso di Kampung Bintawa Hilir, di sini, hari ini.

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mewujudkan satu sistem berpusat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memudahkan pengurusan dan penyelesaian pelbagai isu berkaitan di bawah tanggungjawab pihaknya.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata peruntukan khas bagi penubuhan sistem berpusat berkenaan antara keutamaan yang akan dimasukkan dalam Bajet 2023 pihaknya.

“Setakat ini, ketiadaan sistem berpusat menyukarkan pihak kita untuk mendapatkan maklumat lengkap seperti data semasa, jumlah mangsa dan sebagainya sesuatu kes atau isu.

Datuk Seri Nancy Shukri bermesra dengan anak yang merupakan waris penerima Pencen Penakat Perkeso di Kampung Bintawa Hilir, di sini, hari ini.

“Sebagai contoh, sekarang jika kita tanya kepada rumah kebajikan, berapa jumlah kanak-kanak yang menjadi mangsa dera, mereka tidak tahu kerana kita tidak mempunyai sistem berpusat,” katanya.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Pencen Penakat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada waris seorang pencarum, Allahyarham Nuratirah Jaafar di Kampung Bintawa Hilir, di sini, hari ini.

Menurutnya, bajet kementeriannya kali ini adalah memberi tumpuan untuk memperkasakan daripada pelbagai sudut penjagaan kanak kanak dan wanita, khususnya mereka yang terlibat dengan isu penderaan.

“Kita juga memberi tumpuan kepada pengwujudan satu lagi jabatan kanak kanak. Sebab itu saya telah memohon diberi keutamaan kepada kita kerana banyak kes di bawah rumah perlindungan yang menjadi isu terutama sekarang.

“Ia termasuk isu kanak kanak terabai dan didera. Malah ia juga meliputi latihan untuk meningkatkan kemahiran para penjaga, penyelia serta pegawai pegawai akhlak dalam menangani kes-kes seperti ini,” jelasnya.

Turut hadir, Pengarah Perkeso Sarawak, Tan Phang Chia Tan Phang Chia serta Ketua Unit Sosial Sinergi dan Skuad PERKESO Prihatin, Abang Mohammed Razali Abang Saleh.

E-Paper

19 Mac 2023

Latest News