ARTIKEL

Dr Rundi bercakap pada sidang media sempena Majlis Penyerahan Pusat Pertumbuhan Luar Bandar (RGC) kepada Agensi Pembangunan Penyelarasan Greater Kuching (GKCDA) di Pejabat Daerah Kecil Padawan, di sini hari ini. | Foto: Ghazali Bujang

Tubuh taman agro kopi di Padawan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Taman Agro khusus bagi penanaman kopi boleh ditubuhkan di kawasan Padawan yang merupakan kawasan “Coffee Belt” Sarawak.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom mencadangkan agar taman agro itu bertumpu kepada tanaman kopi.

Selain itu katanya, kajian dan penyelidikan tanaman kopi sehingga ke bahagian hiliran boleh dijalankan di taman agro tersebut.

“Coffee belt ini akan menentukan kawasan ini mempunyai produk premium yang tersendiri.

“Tujuannya supaya kita lebih fokus ke kawasan mana yang mempunyai produk premium dan mempunyai nilai yang tinggi,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Pusat Pertumbuhan Luar Bandar (RGC) kepada Agensi Pembangunan Penyelarasan Greater Kuching (GKCDA) di Pejabat Daerah Kecil Padawan, di sini hari ini.

Sementara, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil berkata, terdapat 600 pekebun kecil kopi sekitar kawasan Padawan berkecimpung dalam penanaman kopi sejak tiga tahun yang lalu.

Menurutnya, terdapat juga penaman kopi dari DUN Serumbu, Tarat dan Tebedu yang berkecimpung dalam aktiviti penanaman tersebut.

Baca lain  Sebutan semula kes bunuh Eric pada 6 April depan

“Tanaman kopi ini meluas di kawasan Bidayuh, sebab itu kami dalam GKCDA memutuskan untuk membina Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) di sini,” jelasanya.

Dr Jerip bercakap pada sidang media Majlis Penyerahan Pusat Pertumbuhan Luar Bandar (RGC) kepada Agensi Pembangunan Penyelarasan Greater Kuching (GKCDA) di Pejabat Daerah Kecil Padawan, di sini hari ini. | Foto : Ghazali Bujang

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU