ARTIKEL

Tubuhkan balai bomba di Sungai Asap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Wilson Ugak Kumbong menegaskan keutamaan perlu diberikan kepada Sungai Asap dari segi penubuhan balai bomba baharu.

Menurutnya, penduduk di Skim Penempatan Semula Bakun (BRS) di Sungai Asap telah menunggu dengan sabar untuknya (balai bomba) lebih daripada 23 tahun.

“Penduduk di kawasan penempatan semula baharu itu tetap bersabar – semuanya demi pembangunan, iaitu bagi membolehkan pembinaan empangan janakuasa hidroelektrik Bakun.

Datuk Wilson meninjau tapak kebakaran di Uma Bakah, Sungai Asap, Belaga yang musnah dalam kebakaran pada Khamis lalu.

“Saya akan menulis satu lagi surat kepada Perdana Menteri.

Perkara ini tidak boleh ‘diambil kira’ lagi.

“Kita mahu membina balai bomba ini yang akan memberi manfaat kepada lebih 20,000 penduduk di sini,” katanya dalam temu bual yang disiarkan secara langsung menerusi laman ‘Facebook Pusat Khidmat Masyarakat DUN Murum usai melawat mangsa kebakaran Uma Bakah di Sungai Asap, Belaga, semalam.

Datuk Wilson menyampaikan sumbangan kepada Pemanca Tony Kulleh mewakili mangsa kebakaran di Uma Bakah, Sungai Asap, Belaga.

Ugak yang juga Ahli Parlimen Hulu Rajang berkata, beliau telah mengetengahkan keperluan mendesak untuk mewujudkan sebuah balai bomba di Sungai Asap sejak 2013.

“Saya telah menghubungi Ketua Pengarah Bomba (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid dan Pengarah Bomba Sarawak Datuk Khiruddin Drahman yang seterusnya memaklumkan kepada saya bahawa permohonan balai bomba baharu telah dikemukakan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan diluluskan, namun masih belum dilaksanakan,” katanya.

Justeru, beliau merayu kepada kementerian berkaitan di bawah Kerajaan Perpaduan Persekutuan untuk meneliti senarai balai bomba baharu yang diluluskan, terutama lima yang akan dibina tahun ini.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU