Tugas berat Sarawak

SARAWAK bakal menghadapi satu lagi tugas berat apabila menentang JDT II di Stadium Sarawak malam esok.

Walaupun berupaya mengikat JDT II 1-1 dalam aksi pusingan pertama di Larkin, namum prestasi merudum sejak akhir-akhir ini dilihat menyukarkan peluang mereka.

Sarawak amat memerlukan kemenangan untuk memulihkan reputasi, sekali gus memperbaiki kedudukan.

Ini bermakna, satu lagi kekalahan hanya akan mengukuhkan Sarawak di tangga kedua tercorot liga.

Sarawak kalah lapan kali, seri tiga kali dan hanya dua kali menang setelah melalui 13 perlawanan.

Dengan baki tujuh aksi, Sarawak mesti berhati-hati dan perlu bangkit segera untuk sekurang-kurangnya keluar dari kelompok dua terbawah.

Berdasarkan kedudukan terkini, Sarawak masih berpeluang untuk berada di tangga ketiga terbawah, tempat yang selamat untuk terus kekal dalam Liga Premier Ini kerana mereka hanya dipisahkan satu mata dengan UKM (di tangga ketiga tercorot)