Tugas berat tunggu S’wak United di Ipoh

SKUAD Sarawak United FC akan berusaha menyesuaikan diri dengan suasana perlawanan waktu petang dalam aksi menentang pasukan Perak II di gelanggang lawan petang Rabu.

Jurulatih SUFC E. Elavarasan berkata, pasukan Perak sekarang dalam kondisi yang baik kerana bakal bermain dalam aksi pertama dan kedua pada waktu petang.

“Perak mempunyai kelebihan apabila telah membuat persiapan rapi dengan menyesuaikan diri untuk beraksi pada waktu petang.

“Namun kita akan cuba sedaya upaya untuk menyesuaikan diri kerana keadaan cuaca yang agak panas,” katanya kepada arena Suara Sarawak semalam.

Tambah beliau, mereka tetap komited untuk memburu tiga mata, setelah mengatasi Kelantan United 2-0 Ahad lalu.

Yang pasti, Elavarasan bakal melakukan sedikit rombakan.

Kemungkinan beliau akan menurunkan dua lagi import using, Sandro Mendoca dan Stuart Mark bagi mengukuhkan saingan.

SUFC akan menentang pasukan ‘adik’ Kuching City FC pada 16 Mac nanti.

Manakala Kuching City memulakan saingan petang esok, menentang Terengganu FC II di Stadium Sultan Ismail.

Suara Sarawak