ARTIKEL

Penolong jurulatih skuad hoki kebangsaan, Mohamad Sukri Abdul Mutalib

Tugas jurulatih cabaran berbeza buat Mohamad Sukri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pertukaran daripada seorang pemain kepada jurulatih disifatkan sebagai suatu cabaran berbeza oleh bekas pemain hoki negara Mohamad Sukri Abdul Mutalib yang dilantik sebagai penolong jurulatih skuad Speedy Tigers bulan lepas.

Beliau berkata tugas sebagai jurulatih lebih menguji dari segi mental dalam usaha membentuk pasukan hoki lelaki kebangsaan. 

 Justeru beliau akan menagih ilmu daripada ketua jurulatih Sarjit Singh yang berpengalaman dan seorang lagi pembantu jurulatih Azrul Effendy Bistamam untuk membantunya menggalas tanggungjawab baharu itu.  

“Masing-masing ada cabaran. Cuma di sini bila saya menjadi jurulatih perbezaan melibatkan mental walaupun fizikal juga ada penatnya berbanding pemain lebih penat fizikal.

“Selain melatih, kena juga buat kerja-kerja pengurusan, merangka pelan dan perlu berfikir di luar kotak untuk membentuk pasukan bagus,” katanya dalam kenyataan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini. 

Walaupun memiliki pengalaman luas sebagai pemain namun beliau berkata masih perlu ‘berguru’ dengan jurulatih berpengalaman agar dapat menimba ilmu baharu dan melihat dari sudut berbeza, selain merasakan dirinya memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun untuk menjadi jurulatih yang bagus.

12 Mac lepas, Mohamad Sukri dilantik sebagai penolong jurulatih bersama Azrul Effendy manakala jurulatih penjaga gol dibantu S. Kumar dan diketuai Sarjit untuk mengendalikan skuad negara yang akan berdepan cabaran pertama mereka iaitu Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh pada 4-11 Mei ini.

-Bernama

BERITA LAIN

Lariwoo Vet FC pertahan gelaran juara

SEBUYAU: Kehebatan pasukan Lariwoo Vet FC nyata sukar ditandingi apabila berjaya merangkul gelaran juara dalam Kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka Kampung Sebangan 2024, Piala Ahli

BERITA TERBARU