ARTIKEL

Tujuh ahli kumpulan gengster diberkas polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Tujuh ahli “Geng Dolphin Boy” yang dilaporkan sering membuat kekecohan dan kekerasan di sekitar Bandaraya Miri dicekup polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, kesemua suspek lelaki itu ditahan menerusi Ops Cantas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Miri.

Menurutnya, tangkapan melibatkan suspek masing-masing berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun.

“Kumpulan ini dipercayai mula aktif pada tahun 2018 yang diketuai oleh seorang lelaki tempatan berusia sekitar 35 tahun.

“Mereka disyaki sering terlibat dalam pergaduhan di pusat hiburan di mana ahli kumpulan ini sering bertindak agresif termasuk mencederakan mangsa dengan menggunakan senjata tajam atau kayu belantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU