ARTIKEL

Tujuh ahli Parti Aspirasi dilucutkan jawatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tujuh ahli Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) termasuk Pengerusinya George Young Si Ricord Junior dilucutkan jawatan berdasarkan hasil keputusan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Aspirasi, hari ini.

Presiden Aspirasi Lina Soo berkata hasil mesyuarat itu, ketujuh-tujuh mereka dikenakan tindakan disiplin itu selepas George cuba mengambil alih kepimpinannya secara tidak sah dengan mempengerusikan AGM Aspirasi di sebuah hotel di sini, pada 12 Februari lalu.

Menurutnya, pihak ini telah meneruskan mesyuarat dan memilih jawatankuasa baru daripada orang awam yang bukan ahli Aspirasi.

Presiden Aspirasi Lina Soo bergambar selepas mengadakan sidang media, hari ini.

“Kita sudah membuat laporan polis dan memaklumkan perkara itu kepada pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dan menyerahkan mereka untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Selaras dengan Perlembagaan Parti Fasal 7(2), Aspirasi sebulat suara bersetuju untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap tujuh individu yang telah mengambil bahagian dalam tawaran pengambilalihan Aspirasi yang tidak mengikut perlembagaan dengan mengadakan mesyuarat palsu pada 12 Februari lalu untuk membentuk Mailis baharu Tertinggi tempoh perkhidmatannya adalah dari 2021 hingga 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat dan AGM di sini, hari ini.

Tujuh individu ini ialah Simon Tiong Ing Tung, Thomas Kiew Heng Yew, Josephine Lau Kiew Peng, Loh Wui Ping, Lau Pang Heng, George Young Si Ricord Junior dan Andvaie Gines,” katanya.

Soo berkata ahli itu termasuk lima ahli penuh dan dua ahli yang diluluskan (ahli yang belum membayar yuran keahlian mereka).

Mengikuti prosedur, katanya kesemua tujuh orang telah diberikan surat tunjuk sebab secara bertulis pada 15 Februari lalu yang memberi mereka tempoh 14 hari untuk menjelaskan sebab keahlian mereka tidak harus ditamatkan atau dibatalkan.

Bagaimanapun kata Soo, alamat berdaftar Parti Aspirasi tidak mempunyai rekod sebarang jawapan atau maklum balas daripada sesiapa pun daripada mereka dalam tempoh 14 hari.

“Setelah menjalankan proses prosedur yang sewajarnya untuk menamatkan keahlian parti di bawah Fasal 7(2), Majlis Tertinggi dan Jawatankuasa Kerja Pusat dengan ini menamatkan atau memansuhkan keahlian tujuh ahli ini,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, kekosongan jawatan setelah menamatkan kontrak mereka ini akan diisi oleh ahli Aspirasi yang lain.

Katanya, Pengerusi Aspirasi akan diisi oleh Jane Dripin, Timbalan pengerusi Rosli Lambeng ; Hugh Lawrence Zehnda (Setiausaha Agung) ; Lamon Lambeng (Penolong Setiausaha Agung); Tan Kok Seng Bendahari) serta Jasmine Zuraida (Penolong Bendahari) dan Pegawai Penerangan (Jileng Kion).

“Ini bukan pemilihan parti, ia hanya untuk mengisi kekosongan jawatan serta jawatankuasa semasa yang akan berkhidmat hingga akhir penggal 2026,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Polis tumpas geng Apekaktif curi motosikal

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket mencuri motosikal yang aktif sejak enam bulan lepas dengan penahanan empat individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan sekitar Lembah Klang pada